Sarawak FA 2019

Musim 2018 Sarawak hanya berjaya menghuni tangga ke 8 dalam kancah 100 Plus Liga Premier yang menyaksikan pasukan Sarawak seperti kehilangan rentak di awal musim dengan menghuni tangga kedua liga pada suatu ketika.

Setelah barisan Exco baru di bentuk ketika Mesyuarat Agung yang berlangsung November 2018, Dato Posa Majais berjaya mempertahankan kedudukan beliau sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak untuk penggal 2018-2021. Selain itu, YM Dato Pengiran Daud Pengiran Putera, berjaya merebut kerusi Timbalan Presiden FAS dan juga menyaksikan Jefry Lana di lantik semula sebagai Setiausaha Agung FAS.