Presiden FAS Akan Mengundurkan Diri Hanya Pada AGM FAS Tahun 2021.
...

Presiden FAS Akan Mengundurkan Diri Hanya Pada AGM FAS Tahun 2021.

By FAS_Admin
November 12, 2019

Dato Posa Haji Majais, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) hari ini mengumumkan bahawasanya beliau akan mengundurkan diri selaku Presiden FAS pada Mesyuarat Agung Tahunan FAS tahun 2021 melalui cara dan proses yang betul.

Dato Posa menegaskan tidak akan mengundurkan diri hanya kerana disebabkan desakan individu atau kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri pada ketika ini. Ini adalah kerana beliau selaku Presiden FAS akan memikul tanggungjawab untuk memastikan beberapa misi seperti berikut terlaksana sebelum meninggalkan pucuk pimpinan FAS:

  1.  Memastikan segala hutang FAS dilunaskan. Ini bagi memastikan pucuk pimpinan baru kelak tidak terkesan dengan bebanan hutang bagi memulakan operasi baru exco FAS nanti.
  2. Memastikan semua kes-kes pecah amanah di mahkamah melibatkan FAS selesai. Ini bertujuan untuk membersihkan FAS daripada individu berkepentingan peribadi dan sebagai pengajaran kepada pucuk pimpinan baru agar memastikan tiada kompromi terhadap tindakan salah laku seperti pecah amanah yang akan hanya menghancurkan FAS di masa akan datang.

Tindakan Dato Posa ini bukanlah sebagai jawapan kepada desas-desus komplot untuk menjatuhkan beliau oleh individu dan kumpulan tertentu, namun penting bagi penyokong setia bola sepak Sarawak tahu bahawa sekarang sudah tiba masanya untuk FAS menyelesaikan permasalahan era kepimpinan sekarang daripada mengheret (masalah dalaman seperti hutang dan kes pecah amanah) ke pucuk pimpinan baru kelak.

Tindakan ini juga adalah untuk membersihkan FAS daripada gejala dan aktiviti yang tidak sihat di dalam menguruskan persatuan bola sepak.

Menurut Dato Posa lagi, beliau akan bertanggungjawab untuk memikul beban ini bersama exco-exco FAS kini dalam memastikan kesinambungan bola sepak Sarawak di masa akan datang.

Post By : FAS_Admin