Sidang Media Memperkenalkan AJK pemilihan Jurulatih dan Exco Bebas Baru FAS 2020
...

Sidang Media Memperkenalkan AJK pemilihan Jurulatih dan Exco Bebas Baru FAS 2020

By FAS_Admin
September 18, 2019

Bertempat di Bilik Persidangan Stadium Negeri Semalam, 17 September 2019, FAS telah mengadakan sidang media untuk memperkenalkan AJK Pemilihan Jurulatih dan Pemain Skuad Liga Premier 2020, Piala Presiden, dan Piala Belia serta memperkenalkan beberapa exco baru bagi memperkemaskan jentera pengurusan FAS dalam memartavbatkan sukan bolasepak negeri Sarawak.

Majlis yang diketuai oleh Presiden FAS, Dato Posa Majais dalam pada itu terlebih dahulu memperkenalkan Dato Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman sebagai penasihat baru FAS dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau.

Beliau Turut memperkenalkan Encik Basil Thomas sebagai Exco Bebas yang baru dan beliau turut memainkan peranan sebagai pengurus pasukan skuad Piala Belia 2020 yang akan berpusat di bandar Miri tahun hadapan.

Menurut Dato Posa, Baru-baru ini, beliau bersama barisan ahli exco Persatuan Bolasepak Sarawak telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Ahli Jawatan Kuasa pemilihan jurulatih dan pemain yang bertindak sebagai tunjang untuk memastikan setiap pasukan ditubuhkan dengan lebih sistematik bagi menggalas cabaran musim 2020.

Signifikan penubuhan Ahli jawatan kuasa ini adalah untuk memastikan kesemua pasukan Sarawak sama ada pasukan Liga Premier, mahupun pasukan Piala Presiden dan Belia, dapat bersedia lebih awal untuk untuk cabaran musim Liga Malaysia 2020.

Dalam mesyuarat tersebut, FAS telah menubuhkan Tiga Jawatan Kuasa iaitu:

  1. Jawatan Kuasa Pemilihan Jurulatih & Pemain Skuad Liga Premier 2020 Sarawak yang akan di pengerusikan oleh saudara Hamzah Bin Brahim ( selaku pengurus pasukan Liga Premier )dan di bantu oleh Saudara Abdul Ajis Kon Bin Abdul Ghazali selaku Timbalan Beliau.
  2. Jawatan Kuasa Pemilihan Jurulatih & pemain Skuad Piala Presiden Sarawak 2020 yang akan di pengerusikan oleh saudara Abdillah Majid dan di bantu oleh Saudara Philip Jabu.
  3. Jawatan Kuasa Pemilihan Jurulatih & Pemain Skuad Piala Belia 2020 Sarawak yang akan di pengerusikan oleh saudara Mohammad Saif Bin Jubaidi dan Dibantu oleh Saudara Nazri Datuk Ahmad Lai dan seterusnya kami ingin memperkenalkan Saudara Basil Thomas yang telah di lantik selaku Exco Bebas FAS dan Pengurus pasukan Piala belia Saawak 2020.

Dato Wan Abdillah Edruce menyatakan kepada wartawan bahawa beliau amat berterima kasih kepada Dato Posa kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada beliau dan berjanji akan menggunakan segala pengalaman yang beliau ada untuk membantu FAS dalam memartabatkan Sukan Bolasepak Negeri.

Sementara itu, Encik Basil Thomas yang baru dilantik sebagai Exco Bebas dan pengurus pasukan Piala Belia 2020, menyatakan beliau akan membuat pembaharuan dan memastikan Pasukan dapat disediakan bagi menghadapi cabaran musim 2020 sambil menegaskan pasukan ini penting untuk kesinambungan pasukan Sarawak di masa akan datanng.

 

Dalam pada itu, Pengerusi AJK Pemilihan Jurulatih dan Pemain skuad Liga Premier Sarawak, Encik Hamzah Bin Brahim, menyatakan pasukan itu akan membuat persediaan awal bagi musim hadapan sejurus saingan Challenge Cup tamat. Buat masa ini, terdapat Lima calon jurulatih daripada luar dan dalam Sarawak telah menghantar Resume mereka dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi. Pasukan Sarawak akan membuat persediaan awal sebaik mungkin kerana misi kita pada tahun hadapan adalah untuk menjadi salah satu pasukan yang akan mencabar kejuaraan Liga Premier.

Sebelum tamat sesi sidang media semalam, Presiden FAS, Dato Posa Majais sempat merakamkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang telah dilantik selaku Presiden MFL yang baru.

Post By : FAS_Admin