Sarawak Bakal Memulakan Cabaran Challenge Cup Pada 5 Ogos berdepan JDT 2
...

Sarawak Bakal Memulakan Cabaran Challenge Cup Pada 5 Ogos berdepan JDT 2

By FAS_Admin
July 26, 2019

Sarawak yang di undi bersama Kelantan dan JDT 2 dalam kumpulan A, bakal memulakan saingan Challenge Cup berdepan pasukan JDT 2 pada 5 Ogos 2019 nanti.

Sarawak yang mempunyai peluang seimbang dalam kumpulan A tersebut harus menggunakan peluang ini untuk mendapatkan momentum positif bagi persediaan menghadapi perlawanan play off selepas tamat pertandingan penghujung musim nanti.

Sesi latihan pasukan Sarawak bersambung semalam dengan pasukan di lihat ingin memastikan tahap kecergasan pemain pada tahap terbaik dengan latihan lebih tertumpu kepada latihan kecergasan.

Jika Sarawak dapat mengekalkan gaya permainan semasa menentang Selangor United tempoh hari, peluang Sarawak untuk bersaing kali ini di lihat cerah.

Prestasi tidak menetu skuad Sarawak pada musim ini sememangnya menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat, namun dengan barisan pemain yang ada pasukan akan memberikan persembahan terbaik untuk saingan Challenge Cup tahun ini.

Tiket perlawanan bagi Challenge Cup ini di jangka masih kekal pada harga RM10 Ringgit seorang.

Post By : FAS_Admin