Minggu positif buat kem Sarawak
...

Minggu positif buat kem Sarawak

By FAS_Admin
July 12, 2019

Beberapa keputusan positif berjaya dicatatkan oleh pasukan Sarawak FA, pasuka Piala Presiden & Piala Belia beberapa hari lepas menandakan masih ada ruang untuk memajukan bolasepak negeri ini.

Tidak dinafikan kem Sarawak ketandusan keputusan positif beberapa minggu lepas, namun hasil dedikasi para staf kejurulatihan dan para pemain sendiri kini menampakkan hasil yang positif baik daripada pasukan senior sehingga ke pasukan belia.

Terlebih dahulu pasukan pada 10 Julai 2019, pasukan Piala Belia berjaya membenam pasukan Akedemi Mokhtar Dahari pada sebelah petang dengan keputusan 2-1 memihak kepada Sarawak.

Pada sebelah malam pula aksi rentak kemenangan diteruskan oleh Pasukan Sarawak dalam aksi perlawanan ke 20 Liga Premier Malaysia 2019 dengan membenam pasukan Terengganu FC II dengan gol tunggal perlawanan dihasilkan oleh pemain import, Hudson Dias De Jesus pada minit ke-23 sekaligus menghidupkan kembali peluang untuk memintas Kelantan dalam saingan liga bagi mengekalkan kedudukan dalam Liga Premier malaysia pada musim hadapan.

Pasukan Piala Presiden Sarawak pada keesokan harinya (semalam 11 Julai ) meneruskan rentak kemenangan dengan membenam pasukan PDRM dengan Jaringan 3-1 hasil jaringan Mohd Badzreen dan Amirrul Ikmal menyaksikan meraka melonjak ke tangga ke kedudukan ke-8.

Pasukan Liga Premier Sarawak FA akan bertandang ke Stadium Batu Kawan Pulau Pinang Ahad ini, 14 Julai 2019 untuk bertemu pasukan Pulau Pinang dalam aksi LP21.

Mohd Denny bersyukur kerana skuad dapat memahami corak permainan yang beliau terapkan namun masih belum berpuas hati kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menghasilkan keputusan positif berbaki dua perlawanan Liga Premier 2019.

 

Post By : FAS_Admin