Kunjungan Hormat Persatuan Bolasepak Sarawak Kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak
...

Kunjungan Hormat Persatuan Bolasepak Sarawak Kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak

By FAS_Admin
June 18, 2019

Kuching: Kunjungan hormat Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi  (DR) Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak di Pejabat Ketua Menteri di Wisma  Bapa Malaysia hari ini membuka lembaran baru untuk membantu FAS dalam membangunkan sukan bolasepak negeri.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Presiden FAS, Dato Posa Majais dan di iringi lapan ahli exco FAS dalam misi untuk memohon geran tambahan dan memperjelaskan isu-isu berkaitan FAS secara teliti kepada Ketua Menteri Sarawak.

Perbincangan tersebut menyaksikan setiap ahli gabungan dapat menyuarakan pendapat dan keperluan untuk pembangunan bolasepak di bahagian masing-masing.

Dato Posa menyifatkan bahawa hasil kunjungan ini amat positif untuk FAS di mana Ketua Menteri Sarawak sudah diperjelaskan mengenai keperluan FAS dalam memartabatkan bolasepak negeri dan Beliau bersetuju untuk membantu FAS dengan memberikan geran tambahan.

Dato Posa Majais berharap agar bantuan tambahan ini dapat membantu FAS dan ahli gabungan dalam banyak perkara melibatkan sukan bolasepak ini khusus nya dari segi pembangunan akar umbi dari setiap daerah. Selain itu Dato Posa Majais dan kesemua ahli gabungan yang hadir amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana sudi membantu FAS.

 

Post By : FAS_Admin