Denny berpuas hati dengan peningkatan prestasi memberangsangkan skuad muda Sarawak FA
...

Denny berpuas hati dengan peningkatan prestasi memberangsangkan skuad muda Sarawak FA

By FAS_Admin
May 27, 2019

Setelah mengharungi perlawanan menentang pasukan serba lengkap JDT II tempoh hari di Stadium Sarawak, para pemain mempamerkan persembahan yang meyakinkan dengan corak permainan yang diterapkan.

Menurut Denny lagi, pembentukan pasukan yang perlu melalui beberapa fasa ketika berlangsung liga Premier mengambil masa kerana ia memerlukan komitmen yang jitu daripada para staf kejurulatihan dan komitmen para pemain.


“Kita juga telah meneliti aspek-aspek yang perlu diperbaiki selama ini dan Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Banyak aspek seperti development, improvement, tahap keyakinan, pengetahuan dan cara berfikir ketika bermain perlu diperbaiki dan ianya tidak dapat dilakukan sekaligus tambahan pula kita sekarang mempunyai lebih 30 pemain di dalam skuad yang gigih untuk memajukan diri.” – Petikan Komentar Denny di Facebook.

Selain itu, bimbingan pemain-pemain berpengalaman seperti Bobby Gonzales dan Benedict Martin banyak membantu pemain-pemain muda kita. Malah, sokongan berterusan daripada pihak pengurusan juga amat membantu pasukan terutamanya daripada Presiden FAS, Dato Posa Majais dan Pengurus Pasukan Sarawak, Encik Hamzah Brahim.

Kami akan mempersiapkan pasukan untuk mengharungi baki 6 perlawanan liga untuk mencapai misi kekal di Liga Premier 2020.

 

 

Post By : FAS_Admin