Stadium Sarawak Bakal Bergema Malam Ini – GB13
...

Stadium Sarawak Bakal Bergema Malam Ini – GB13

By FAS_Admin
May 25, 2019

Setelah sekian lama, akhirnya Sarawak FA bakal menggunakan Stadium Sarawak untuk pertandingan Liga Premier malam ini.

Pasukan Sarawak yang baru mendapat suntikan baru setelah satu kuota perpindahan pemain dibenarkan oleh MFL semalam menyaksikan Rodrigo Amorim bakal menampilkan persembahan sulung bersama Sarawak seandainya pendaftaran pemain tersebut diluluskan MFL pada pagi ini.

Skuad Sarawak yang amat memerlukan kemenangan bakal tampil dengan taktikal berbeza yang dibawa oleh Denny Da’ail dan Ian Gillan.

Semalam Turut menyaksikan penyokong setia Sarawak, Ultras GB13  hadir memberikan kata-kata semangat kepada pasukan. Pihak FAS amat berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi GB13 dan para penyokong setia yang sentiasa hadir memberi sokongan dari dekat mahupun jauh.

Bagi penyokong yang kesurupan untuk melaungkan sokongan kepada pasukan Sarawak, anda boleh menyertai GB13 di Zon B, Stadium Sarawak pada malam ini. Pintu Jualan tiket di Stadium Sarawak akan bermula seawal jam 8.30 malam.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

 

 

Post By : FAS_Admin