Wahet Uji – “Kacang Lupakan Kulit”
...

Wahet Uji – “Kacang Lupakan Kulit”

By FAS_Admin
April 29, 2019

Menyentuh mengenai komen bekas Pengarah Kejurulatihan Bolasepak Sarawak tahun 2017-2018, Wahet Uji terhadap Dato Posa Majais yang tular di media sosial beberapa hari ini, Dato Posa Majais selaku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tampil untuk bertindak balas terhadap komen Wahet.

Dato Posa Ketika di temui berkata Wahet Uji tidak sepatutnya berkata sebegitu terhadap bekas majikan nya. Ia bagaikan “kacang lupakan kulit”.

Wahet Uji di lantik sebagai Pengarah Teknikal Kejurulatihan Bolasepak Sarawak oleh bekas Setiausaha Agung FAS pada 2017, iaitu Encik Razali Dolhan. Menurut Dato Posa, selama 2 tahun perkhidmatan beliau, tidak ada satu pun laporan bertulis atau pelan tindakan berhubung dengan pembangunan bola sepak Negeri Sarawak, waima sehelai kertas laporan yang diterima pihak pengurusan.

Sebagai Pengarah Teknikal kejurulatihan ketika itu, Wahet sepatut nya pandai membuat pelan tindakan dan laporan kepada majikan dan bukan hanya pandai berkata-kata sahaja.

Dato Posa amat kecewa dengan tindakan Wahet yang seperti kacang lupa kan kulit, beliau menasihatkan agar Wahet Uji melihat kekurangan diri sebelum menyentuh isu berhubung pihak pengurusan yang beliau sendiri dapatkan khabar angin sahaja dan turut menasihatkan Wahet agar tidak bersekongkol dengan orang yang tidak tahu apa-apa di dalam pengurusan FAS.

Beliau menambah, kredibiliti Wahed Uji sebagai jurulatih berstatus lesen A, sepatutnya boleh melahirkan ramai pemain pelapis yang bermutu dan berkualiti tetapi sebaliknya berlaku.

“Bagaimana seseorang yang langsung tidak dapat menghasilkan laporan dan pelan tindakan pembangunan boleh mencampuri urusan pengurusan tertinggi?” Ujar Dato Posa.

Dato Posa mengulas, segala tindakan nya bukanlah hanya sekadar beremosi, tetapi itu adalah satu perkara yang perlu dibuat bagi memastikan perkara yang betul dapat dijelaskan dan sampai kepada seluruh peminat bola sepak negara. Kita tidak mahu seperti ‘lembu di cucuk hidung’ oleh pihak-pihak tertentu.

Dato Posa berharap Wahet Uji dapat segera bermuhasabah diri.

Post By : FAS_Admin