Hamzah Brahim Tidak Berpuas Hati Dengan Mutu Kepengadilan Yang Rendah
...

Hamzah Brahim Tidak Berpuas Hati Dengan Mutu Kepengadilan Yang Rendah

By FAS_Admin
April 28, 2019

Pengurus pasukan Sarawak, Hamzah Brahim nyata kecewa dan tidak berpuas hati dengan mutu kepengadilan yang dipamerkan para pengadil dalam beberapa perlawanan yang melibatkan pasukan Sarawak samada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan.

Menurut Hamzah lagi, mutu kepengadilan yang rendah banyak merencatkan permainan pasukan Sarawak yang nyata sekali menyebelahi pasukan lawan.

Justeru itu, beliau menagih pihak FAM dan MFL supaya setiap laporan yang di buat oleh mana-mana pasukan tidak hanya pasukan Sarawak, perlu di ambil perhatian serius.

Kita menerima keputusan kalah sekiranya mutu pengadilan bersifat professional, akan tetapi, sebagai contoh, perlawanan melibatkan pasukan Sarawak menetang UITM FC minggu lepas di mana jaringan kita tidak di kira walhal jelas bola sudah memasuki ke dalam gawang pihak UITM.Kita percaya keputusan mungkin boleh berubah sekiranya pengadil berlaku adil malah lebih lagi tidak merujuk kepada penjaga garisan. Lebih teruk lagi penjaga garisan berada di luar tempat yang sepatutnya (Off Position) dan juga seperti perlawanan petang semalam menampakkan sekali lagi pasukan Sarawak menjadi mangsa kelemahan mutu pengadilan yang mana sepakan penalti yang dihadiahkan kepada pasukan PDRM hasil hadangan yang lebih kepada mengambil bola.

FAM dan MFL patut melihat perkara ini serius dan berharap satu jawatan kuasa khas untuk menilai mutu pengadilan dalam liga negara ini.

Hamzah berkata; “Kalau kalah, biarlah kalah dengan rasa puas hati, bukan kalah dibantu oleh keputusan yang sering mematahkan semangat para pemain muda kita”

Setiap laporan yang di buat terhadap mutu kepengadilan oleh pasukan Sarawak di sertakan dengan bukti video setiap insiden.

Post By : FAS_Admin