FAS Tidak Perlu Minta Maaf Atau Menarik Balik Kenyataan Media Terhadap Skandal Pecah Amanah
...

FAS Tidak Perlu Minta Maaf Atau Menarik Balik Kenyataan Media Terhadap Skandal Pecah Amanah

By FAS_Admin
April 7, 2019

Berhubung siaran media daripada pihak Razali Dolhan semalam, FAS menerusi Presiden, Dato Posa Majais menegaskan bahawa tiada keperluan untuk pihak FAS untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan ke atas beliau.

Sebalik nya, FAS menunggu tindakan susulan SPRM setelah menyerahkan bukti-bukti skandal pecah amanah Razali Dolhan pada tahun 2017 kepada SPRM pada pagi Jumaat, 5 April 2019.

Tindakan ini adalah untuk membersihkan FAS daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak.

Post By : FAS_Admin