Kem Sarawak Tetap Optimis
...

Kem Sarawak Tetap Optimis

By FAS_Admin
April 6, 2019

Caretaker Sarawak, Mohd Denny Da’ail tetap menganggap pemain-pemain Sarawak dapat memberikan persembahan terbaik menjelang perlawanan Liga Premier menentang Kelantan petang ini.

Menurut Denny, persiapan telah pun di buat untuk menghadapi Kelantan. Denny yang mengetengahkan corak permainan yang berbeza berjaya mengikat JDT II dalam debut pertama beliau  di Larkin Sabtu lepas.

Menurut pengurus pasukan Sarawak, Hamzah Brahim, beliau mahu semua pemain untuk tetap fokus terhadap permainan dan mengekalkan disiplin dalam melaksanakan rencana pasukan. Beliau menambah lagi, tiada yang mustahil ketika ini jika pasukan Sarawak dapat mengekalkan momentum positif dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi.

Walaupum rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini berpihak kepada pasukan pelawat,namun Sarawak berada pada landasan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang positif.

Perlawanan hari ini bermula pada jam 4.15 petang dan tiket kaunter tiket akan dibuka pada jam 1.30 ptg di stadium Negeri.

 

Post By : FAS_Admin