Skandal Pecah Amanah Ismail@Razali Dolhan ketika berkhidmat di FAS Terbongkar.
...

Skandal Pecah Amanah Ismail@Razali Dolhan ketika berkhidmat di FAS Terbongkar.

By FAS_Admin
April 5, 2019

Tepat jam 9 pagi, 5 April 2019,  Persatuan Bolasepak Sarawak  menerusi Presiden, Dato Posa Bin Haji Majais telah menghantar aduan dan bukti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kuching di Jalan Laksamana Cheng Ho untuk tindakan serta merta  terhadap mantan Setiausaha Agung FAS, bekas Naib Presiden dan ahli Exco FAS, Serta Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League, Ismail@Razali Bin Dolhan bersabit lima kesalahan pecah amanah pada tahun 2017 yang melibatkan dana berjumlah lebih Setengah Juta Ringgit Malaysia.

Menurut Dato Posa Majais, pihak FAS telah lama bersabar terhadap Razali Dolhan dan demi menjaga maruah Razali dan keluarga, FAS tidak mengambil apa-apa tindakan. Namun setelah berulang kali menemukan skandal pecah amanah yang dilakukan oleh beliau, pihak FAS terpaksa bertindak demi masa depan Persatuan Bolasepak Sarawak.

Dato Posa Majais tidak mahu skandal seperti ini berlaku lagi di dalam FAS dan mahu FAS bebas daripada individu yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi terhadap persatuan. Menurutnya lagi, gejala seperti ini amat memberi kesan negatif kepada persatuan dan Beliau mahu sesiapa yang berkhidmat hanya fokus untuk membangunkan sukan bolasepak Sarawak yang tercinta.

 

Post By : FAS_Admin