Sarawak kutip 1 mata di Larkin
...

Sarawak kutip 1 mata di Larkin

By FAS_Admin
March 31, 2019

 

Sarawak berjaya memperoleh 1 mata di Larkin setelah mempamerkan aksi meyakinkan walaupun ketinggalan seawal minit ke 12 JDT II.

Setelah gol JDT II, Sarawak memperkemaskan barisan pertahanan dan jentera tengah menyaksikan JDT II sukar untuk melepaskan percubaan ke arah pintu gol pasukan Sarawak.

Sarawak mempunyai deretan peluang untuk menyamakan kedudukan di separuh masa pertama menerusi gandingan Nur Shamie, Bobby Gonzales, Abdul Rahim, Hudson Dias, & Mohd Alif namun gagal untuk menemui penyudah yang berkesan. Tamat separuh masa pertama, JDT II (1) (0) Sarawak.

Bersambung separuh masa kedua Sarawak melancarkan serangan bertali arus, menyaksikan Kiko Insa melakukan kesilapan pada minit ke-70 dengan melakukan backpass perlahan kepada Aziq Nadzli lantas memberi ruang untuk Bobby memintas hantaran dan hasilnya Aziq Nadzli terpaksa menjatuhkan Bobby untuk Sarawak memperoleh sepakan penalti. Hudson Dias mudah menyempurnakan penalti untuk kedudukan seimbang 1-1.

JDT II membariskan 4 pemain import dan 2 naturalisasi dengan misi untuk meraih 3 mata penuh.

Sarawak berjaya menampilkan corak permainan berbeza dengan kawalan bola dan hantaran kemas dari tengah yang memudahkan mereka untuk melakukan serangan.

Mohd Denny memuji persembahan anak-anak buah nya yang berdisiplin dan dapat melaksanakan rencana permainan. Sarawak akan bersedia untuk menentang PDRM dalam saingan pusingan   kedua Piala FA Selasa ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

Post By : FAS_Admin