Debut Pertama Denny Sebagai “Caretaker” Sarawak FA
...

Debut Pertama Denny Sebagai “Caretaker” Sarawak FA

By FAS_Admin
March 30, 2019

Cabaran getir buat caretaker Sarawak, Mohd Denny Da’ail apabila skuad bimbingan nya bakal berdepan JDT II di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos malam ini dalam saingan Liga Premier.

Namun bagi Coach Denny, beliau mengambil sisi positif menerusi pertembungan malam ini kerana JDT II bakal menurunkan jentera terkuat mereka dan Denny mahu para pemain Sarawak tetap fokus dan berdisiplin dalam melaksanakan rencana pasukan.

Denny amat menitik beratkan didikan kepada para pemain dalam pasukan untuk meningkatkan mutu pemain secara individu dan berpasukan. Denny turut mendapat reaksi positif dari para pemain Sarawak dengan gaya permainan yang lebih mudah difahami serta objektif permainan yang jelas.

Pada pertemuan malam ini di Larkin, JDT II bakal menurunkan pemain naturalisasi mereka yang diturunkan dari skuad utama JDT, Kiko Insa, untuk memperkuatkan jentera pertahanan mereka.

Kepada penyokong Sarawak di sekitar Johor Bahru, kehadiran anda amatlah di alu-alukan sebagai pemain ke-12 Sarawak malam ini.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

 

 

Post By : FAS_Admin