Menjelang Pertemuan Bertemu JDT2 30 Mac 2019
...

Menjelang Pertemuan Bertemu JDT2 30 Mac 2019

By FAS_Admin
March 27, 2019

Menjelang pertemuan menentang JDT II yang bakal berlangsung di Larkin sabtu ini, Sarawak kekal fokus dalam latihan untuk membentuk sebuah pasukan dengan objektif baru dalam permainan.

Menurut (caretaker) Sarawak, Mohd Denny Da’ail, Sarawak kini dalam fasa untuk memperkukuhkan keserasian pasukan menerusi taktikal baru yang diperkenalkan dan cuba untuk memperbaiki kelemahan pada pasukan.

Sarawak Selepas bertemu JDT II akan terus ke Selayang pada 2 April 2019 untuk perlawanan Piala FA bertemu pasukan “The Cops”.

Mohd Denny yakin Pasukan Sarawak mampu untuk mendapatkan keputusan positif jika para pemain dapat mengekalkan disiplin dan semangat berpasukan sedia ada.

Post By : FAS_Admin