Mohd Denny Da’ail Pengendali Sementara Skuad Sarawak FA
...

Mohd Denny Da’ail Pengendali Sementara Skuad Sarawak FA

By FAS_Admin
March 11, 2019

Denny menggalas tugas selaku pengendali sementara skuad  Sarawak FA

Setelah presiden FAS, Dato Posa Majais mengumumkan untuk merehatkan khidmat ketua jurulatih, Mohd Farhan dan Penolong Ketua Jurulatih, David Usop minggu lalu, ekoran kekalahan memalukan skuad Sarawak di tangan UKM FC, memberi ruang kepada para jurulatih berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan.

Ketika ini tugas selaku Jurulatih (Care Taker) di galas oleh Mohd Denny Da’ail dan di bantu oleh Ronald Hikspoor bagi persiapan menentang JDT II pada penghujung Mac nanti.

Mohd Denny yang di bantu Ronald menekankan corak permainan berbeza ketika latihan dengan hantaran-hantaran pendek dan formasi yang berbeza dari kebiasaan serta beberapa perubahan dilakukan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

Menurut Denny, para pemain akan mendapat peluang samarata bagi membolehkan mereka untuk bersaing merebut tempat 18 terbaik dalam pasukan.

Sarawak akan mengharungi dua perlawanan di tempat lawan selepas ini dengan bertemu JDT II di Pasir Gudang bagi aksi Liga Premier pada 30 Mac, manakala  beberapa hari selepas itu, Sarawak akan menentang PDRM FA bagi aksi Piala FA 2019.

Walaupun berhadapan tugas sukar, namun Denny tetap positif bahawa pasukan Sarawak akan memberikan tentangan pada semua perlawanan selepas ini.

Post By : FAS_Admin