Bakal bermain di sebelah petang menentang Pulau Pinang.
...

Bakal bermain di sebelah petang menentang Pulau Pinang.

By FAS_Admin
January 30, 2019

Sepak Mula Sarawak menentang Pulau Pinang pada 9 Febuari 2019 (Sabtu) disahkan bermula pada 4.15 Petang.

Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan senarai edaran mengenai beberapa pindaan venue dan masa sepak mula di laman web rasmi mereka sebentar tadi.

Hasrat penyokong dan pasukan untuk bermain pada waktu malam terpaksa ditangguhkan sementara kerana kedua-dua stadium Sarawak dan Stadium Negeri masih tidak memenuhi beberapa piawaian pihak MFL.

Seperti yang di ketahui, Stadium Negeri masih mengalami masalah lampu limpah walaupun sudah diperbaiki tahun lepas. Manakala Stadium Sarawak pula mempunyai masalah padang yang tidak menepati piawaian MFL.

Namun begitu, diharap masalah ini hanyalah bersifat sementara dan FAS amat berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah berkaitan secepat mungkin.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

Post By : FAS_Admin