Penggempur Sarawak Siap Sedia Hadapi Negeri Sembilan
...

Penggempur Sarawak Siap Sedia Hadapi Negeri Sembilan

By FAS_Admin
January 29, 2019

Muamer Salibasic & Bobby Gonzales kian serasi dan bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama Liga Premier 2019 menentang Negeri Sembilan pada 2 Febuari 2019 di Paroi.

Bobby selaku ketua pasukan yakin rakan-rakan sepasukan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan latihan yang tersusun juga banyak membantu para pemain.

Aura positif di dalam kem pasukan Sarawak juga memainkan peranan penting.

Bobby dan Salibasic percaya Sarawak akan memberikan tentangan dan perlawanan menghiburkan Sabtu ini.

Salibasic dan Bobby menyeru penyokong setia Sarawak di kawasan berhampiran untuk memeriahkan Stadium Paroi, Seremban.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

Post By : FAS_Admin