Pelancaran Jersi Sarawak FA 2019
...

Pelancaran Jersi Sarawak FA 2019

By FAS_Admin
January 26, 2019

Pasukan Sarawak telah melancarkan Jersi terbaru mereka untuk musim 2019. Majlis yang di hadiri oleh tetamu kehormat YB Datuk Abdul Karim Hamzah, Datuk Snowdan Lawan, Dato Posa Majais, YM Dato Pengiran Daud Pengiran Putera dan Encik Raymond Sim dari LSC.

Majlis ini turut memperkenalkan para pemain Sarawak dan lagu rasmi untuk FAS pada tahun ini. Datuk Karim ketika berucap memberi jaminan bahawa pasukan Sarawak akan mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Sarawak. Selain itu, beliau akan memastikan Sarawak akan bermain pada waktu malam untuk Liga Premier yang bakal bermula tidak lama lagi.

Jersi Sarawak Tahun ini menggunakan motif Sarawak yang menjadi identiti negeri Sarawak.

Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para penyokong, khusus nya dari kumpulan GB13 yang inginkan suasana 2013 dahulu dihidupkan semula.

 

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

 

 

  

   

  

Post By : FAS_Admin

LEAVE COMMENTS