JELAJAH PRA MUSIM SARAWAK 2019
...

JELAJAH PRA MUSIM SARAWAK 2019

By FAS_Admin
January 23, 2019

Jelajah Pra Musim Sarawak 2019 medan uji keserasian pemain bagi Ketua Jurulatih Mohd Farhan Abdullah. Sarawak pulang dengan satu kemenangan ke atas Selangor United pada perlawanan pertama. Perlawanan tersebut menunjukkan keserasian pemain yang baik di bahagian tengan dan serangan menyaksikan Sarawak merobak jaring lawan dengan 2 gol.

Pada perlawanan kedua Sarawak menurunkan rata-rata pemain muda untuk di uji dan nyata Sarawak gagal menyekat permainan berintensiti tinggi dan laju pihak lawan menyaksikan Sarawak tewas 0-2 kepada PDRM FA.

Perlawanan yang di nanti-nantikan menentang Melaka United pula menyaksikan Sarawak tidak dapat menyekat keserasian bahagian tengah pihak lawan dan kelekaan barisan pertahanan Sarawak memberikan 2 gol mudah menyaksikan Sarawak tewas 0-3 kepada Melaka United.

Bagi Ketua Jurulatih, Sarawak masih menguji 2 pemain import di bahagian pertahanan bagi memperkuatkan skuad 2019. Beliau berpuas hati dengan keserasian pemain, namun masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan.

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

Post By : FAS_Admin

LEAVE COMMENTS